22 petugas kesihatan terbunuh di Gaza - PBB

22 petugas kesihatan terbunuh di Gaza – PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sekurang-kurangnya 22 petugas kesihatan terbunuh di seluruh Semenanjung Gaza sejak konflik antara Israel dan Hamas meletus pada 7 Oktober lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Jurucakap bagi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Farhan Haq.

“Sejak permulaan perang, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merekodkan sebanyak 178 serangan membabitkan sektor kesihatan di Semenanjung Gaza yang mengakibatkan 22 petugas terkorban.

“Sebanyak 48 kes kecederaan dilaporkan dalam kalangan petugas kesihatan yang bertugas,” katanya.

Menurut Farhan, ketika ini, kira-kira 770,000 penduduk yang terjejas sedang berlindung di 99 kemudahan kendalian Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di bahagian selatan Semenanjung Gaza.

Malah, beliau juga memaklumkan penduduk yang berada di pusat perlindungan juga mengalami penyakit berjangkit.

“WHO merekodkan peningkatan sebanyak 35 peratus dalam penyakit kulit dan 40 peratus kes cirit-birit,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya