GOL sendiri Ruben Dias pada minit 13 dan jaringan Hwang Hee-Chan pada minit 66 memberikan kemenangan bergaya kepada Wolverhampton Wanderers termasuk meleburkan rekod sempurna Manchester City.
Walaupun City cuba bangkit menyamakan kedudukan kira-kira 15 minit selepas permainan bersambung di separuh masa kedua, namun Wolve memastikan City tercicir tiga mata berharga mereka hasil jaringan Hee-Chan.
Sekali gus ia menyaksikan rekod 100 peratus Liga Perdana Manchester City berakhir di Molineux.
Lebih malang, Pengurus City, Pep Guardiola, hanya mampu melihat daru tempat penonton kerana menjalani penggantungan satu perlawanan dari garisan tepi, menyebabkan dia tidak dapat campur tangan hingga menyebabkan pasukannya gagal mengawal dengan cara menyerang yang biasa dilakukan.
Penyerang berbisa mereka Erling Haaland juga kelihatan tidak mampu berbuat apa-apa apabila hanya mendapat satu peluang percubaan.
Kemengan ini turut menamatkan badi enam kekalahan berturut-turut Wolve di tangan The Citizen sebelum ini. – BBC