USM PPIP: GCED terap tiga gagasan utama

USM PPIP: GCED terap tiga gagasan utama

PESERTA dan jawatakuasa yang menjayakan program Simposium Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) anjuran Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Simposium Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) anjuran Global Citizenship Education Cooperation Centre Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (GCC@USM PPIP) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah berjaya menghimpunkan 51 buah sekolah-sekolah Negeri Perak dan wakil Institut Perguruan Kampus Darul Aman.

Dokumentasi pelaksanaan GCED telah dipamerkan semasa simposium yang berlangsung di Hotel Casuarina Meru, Ipoh, Perak pada bulan lalu.

Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Dr Rahimi Che Aman, berkata GCC@USM PPIP di bawah naungan Asia Pacific Centre Of Education For International Understanding (APCEIU) telah mengambil inisiatif menyebar luas GCED yang menekankan tiga gagasan utama iaitu solidariti, hormat terhadap kepelbagaian dan perkongsian rasa kemanusiaan.

“Ketiga-tiga gagasan ini adalah elemen teras dalam membangunkan kerangka GCED dalam setiap individu,” ujarnya.

Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak Mohamad Hazawawi Yusof yang mewakili Pengarah Pendidikan JPN Perak.

Beliau mengagumi usaha GCC@USM PPIP dalam mengadakan pelbagai bengkel untuk menyebar luaskan agenda GCED kepada kumpulan peserta yang pelbagai dan berterima kasih kerana menjadikan Negeri Perak sebagai lokasi pertama penganjuran simposium ini.

Selain itu, menurut Pengarah GCC@USM PPIP, Profesor Madya Dr Rohizani Yaakub menjelaskan simposium GCED adalah platform untuk memberikan pendedahan yang lebih mendalam tentang GCED.

Malah, ia menggalakkan hubungan erat antara institut pengajian tinggi (pendidikan) dan institusi sekolah dan menyebar luaskan GCED kepada seluruh warga institusi pendidikan supaya dapat diketahui, difahami dan diamalkan di institusi masing-masing.

Majlis yang diketuai oleh Dr Syed Mohamad Syed Abdullah selaku Pengarah Program turut diserikan dengan sesi forum yang ahli panel terdiri daripada guru besar, pengetua dan guru cemerlang, pembentangan amalan terbaik daripada pensyarah Institut Perguruan Kampus Darul Aman, guru SK Pakatan Jaya Ipoh, pengetua SMK Kg. Dato Seri Kamarudin Seri Manjung, Duta GCED (murid SK Setia Jaya Kuala Kangsar dan SMK Malim Nawar) dan tarian sewang murid orang asli SMK Dato Abdul Rahman Yaakub Bota.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya