Umat Islam dinasihat hindari jenayah qazaf - Utusan Malaysia

Umat Islam dinasihat hindari jenayah qazaf

VIDEO yang tular di aplikasi TikTok yang memaparkan sekumpulan lelaki mengulang kembali tuduhan lama terhadap seorang pemimpin tertentu yang kononnya melakukan perbuatan liwat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya menghindari jenayah qazaf yang dilarang keras di dalam Islam.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, umat Islam perlu mengelakkan diri daripada terjatuh ke dalam jurang dosa yang besar yang mana pelakunya diancam dengan balasan seksaan api neraka yang dahsyat.

WAN SALIM WAN MOHD. NOOR

Katanya, bagi menakutkan masyarakat daripada melakukan jenayah itu, maka hukuman yang maksimum perlu dikenakan ke atas pelakunya supaya masyarakat dapat dibersihkan daripada anasir yang keji tersebut.

”Perlu saya tegaskan bahawa saya membuat kenyataan ini tanpa sebarang niat untuk membela individu tertentu, tetapi untuk kepentingan seluruh warga Malaysia.

“Semua pihak perlu bekerjasama dalam membanteras amalan jahat ini untuk kesejahteraan hidup seluruh rakyat,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok yang memaparkan beberapa lelaki dalam keadaan selamba sambil bergelak ketawa mengulang kembali tuduhan lama terhadap seorang pemimpin tertentu yang kononnya melakukan perbuatan liwat.

Menurut Wan Salim, perbuatan sekumpulan lelaki dalam video itu seakan-akan meremehkan jenayah qazaf yang dilarang keras menerusi ayat al-Quran.

”Hukuman ke atas pelaku jenayah ini juga dijelaskan di dalam ayat berkenaan iaitu dikenakan 80 kali sebatan sekiranya tidak mendatangkan empat orang saksi yang menyaksikan perbuatan itu secara yang tidak meragukan sama sekali. (Surah an-Nur: 19).

”Penjenayah qazaf juga dikenakan hukuman moral-sosial dengan tidak diterima penyaksiannya selama-lamanya, di samping hukuman keagamaan iaitu dia dianggap seorang fasiq yang diancam dengan siksaan neraka di akhirat nanti sebagaimana difahami daripada satu ayat di dalam surah As-Sajdah,” katanya.

Tambahnya, agama Islam amat mengambil berat dalam memelihara kehormatan insani, justeru Islam tidak membenarkan seorang Muslim melontar ungkapan buruk ke atas saudaranya baik di hadapannya mahupun ketika ketiadaannya.

“Sebaliknya Islam menghendaki umatnya supaya menutup keaiban mana-mana individu di samping menghomati ruang peribadinya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya