Tragedi Batang Kali: Lokasi tapak perkhemahan bukan kegunaan peribadi

Tragedi Batang Kali: Lokasi tapak perkhemahan bukan kegunaan peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laporan forensik kejadian tanah runtuh Batang Kali memaklumkan lokasi tragedi telah dibangunkan sebuah tapak perkhemahan untuk bukan kegunaan peribadi atau persendirian.

Laporan setebal 141 muka surat yang dimuat naik di laman Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mendedahkan lokasi kejadian tanah runtuh berada di bawah komponen pembangunan taman botani. 

“Lokasi kejadian tanah runtuh melibatkan kawasan dalam yang berada di bawah komponen pembangunan Taman Botani. Bagaimanapun, lokasi tersebut telah dibangunkan sebagai tapak perkhemahan yang tidak digunakan bagi tujuan peribadi atau persendirian,” kata laporan itu.

Terdahulu, laporan sama menjelaskan tanah berkenaan didaftarkan atas nama Malaysia Botanical Garden Resort (MBGR) Sdn. Bhd. untuk tujuan pertanian untuk tempoh pajakan selama 99 tahun.

Kata laporan itu, pemilik tanah sebelum itu pernah memohon untuk membangunkan satu resort peranginan, namun ditangguhkan pihak berkuasa kerajaan negeri Selangor kerana dasar larangan pembangunan pada ketinggian melebihi 1,000 meter dari aras laut.

“Satu kertas kerja pembangunan kemudian dibentangkan dalam Majlis Tindakan Ekonomi Selangor pada Oktober 2017, namun ia perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Negeri Selangor (JPKSAS) untuk kelulusan.

“Bagaimanapun jawatankuasa itu memutuskan menolak permohonan kerana status tanah pertanian,” kata laporan itu.

Sebaliknya pada Mei 2017, satu permohonan kebenaran merancang telah dikemukakan semula kepada Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) tujuan penyerahan balik dan pemberimilikan untuk pertimbangan semula.

Katanya, permohonan itu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) untuk kelulusan, namun diminta ditarik balik antaranya kerana cadangan bercanggah dengan dokumen perjanjian pajakan antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor dan MBGR yang menyatakan bahawa tanah pajakan hendaklah digunakan semata-mata untuk pertanian dan penternakan sahaja.

“Pemohon perlu mendapat kelulusan kajian impak alam sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor,” katanya.

Kata laporan itu, mesyuarat Jawatankuasa JPKSAS pada 24 Julai 2019 memberi kelulusan dan bersetuju dengan perkembangan tersebut. 

“Sehubungan dengan kelulusan yang telah diberikan, MBGR melalui pihak perancang telah memohon kebenaran merancang kepada MDHS untuk kelulusan.

“Pada 3 Disember 2019, Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pembangunan OSC, MDHS selaku pihak berkuasa perancang tempatan meluluskan permohonan kebenaran merancang kepada MBGR bagi permohonan kebenaran dalam merekabentuk rancangan tanah bagi tujuan pengambilan dan pemilikan semula bagi cadangan pembangunan sebuah pusat peranginan dan taman Botani,” kata laporan itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya