Tiga terbunuh dalam kejadian tembakan di Siam Paragon, Bangkok

Tiga terbunuh dalam kejadian tembakan di Siam Paragon, Bangkok

siam paragon
Orang ramai meninggal pusat beli-belah Siam Paragon, Bangkok ekoran kejadian tembakan yang menyebabkan tiga orang maut. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Tiga orang terbunuh dan empat cedera dalam satu kejadian tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon, Bangkok, kata perkhidmatan kecemasan Thai.

Pengarah Pusat Kecemasan Erawan, Yuthana Srettanan,mengesahkan jumlah korban dan cedera dalam satu mesej kepada pemberita.

Video yang tersebar di media sosial menunjukkan orang ramai berlari keluar dari pusat beli-belah Siam Paragon, salah satu destinasi membeli-belah utama ibu kota Thailand itu, yang sangat popular dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan.

Perdana Menteri Srettha Thavisin memberitahu pemberita bahawa penyerang telah ditahan dan keadaan terkawal.

“Polis sedang membersihkan tempat kejadian. Keadaan semakin reda,” kata Srettha kepada pemberita.

Berpuluh-puluh kenderaan polis dan beberapa ambulans kelihatan di luar salah satu pintu masuk utama pusat beli-belah itu susulan kejadian itu.

Kejadian tembakan itu berlaku hanya beberapa hari sebelum ulang tahun satu pertama  hari paling berdarah dalam sejarah Thailand baru-baru ini, apabila seorang bekas pegawai polis bersenjatakan pisau dan pistol menyerang sebuah taska, membunuh 24 kanak-kanak dan 12 orang dewasa.

Pada 2020, seorang bekas pegawai tentera mengamuk di pusat beli-belah di Korat, membunuh 29 orang dan mencederakan lebih ramai lagi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya