Teknologi pertahanan diserap di sekolah

Teknologi pertahanan diserap di sekolah

ADLY Zahari melawat ruang pameran selepas Program Cakna Sains, Teknologi dan Inovasi Pertahanan di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pertahanan akan terus membantu Kementerian Pendidikan dalam usaha memupuk budaya daya cipta dalam kalangan pelajar sekolah menerusi pelbagai program anjuran Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride).

Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata, inisiatif itu sekali gus mengatasi masalah kurang minat pelajar dalam menekuni bidang ilmu sains dan teknologi selaku pewaris generasi masa depan.

Beliau berkata, dalam usaha itu, Stride menganjurkan Program Cakna Sains, Teknologi dan Inovasi Pertahanan di Sekolah Sultan Alam Shah di sini, selepas siri Program Membudayakan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan di Sekolah di Pulau Langkawi 25 Mei lalu.

Katanya, dua aktiviti utama dilaksanakan menerusi program ini iaitu kunjungan para penyelidik Stride ke sekolah dan Pertandingan Inovasi Pertahanan Kebangsaan yang dibuka penyertaan pada 25 Mei dan ditutup pada 4 September lalu.

“Acara julung kali itu menerima 52 penyertaan melbatkan 280 pelajar dan 40 guru dari seluruh negara, namun 20 pasukan ke peringkat akhir dengan penutup pada bulan depan.

“Kita sedia maklum program ini aktif di sekolah dan kini tiba masa teknologi pertahanan disuntik dan saya percaya Stride juga mampu bantu Kementerian Pendidikan,” katanya ketika berucap merasmikan program itu, di sini hari ini.

Adly menyasarkan peserta pertandingan itu dapat mengenegahkan idea, penemuan dan reka bentuk projek serta hasil inovasi yang berpotensi tinggi sekali gus mampu menyemarakkan lagi minat pelajar terhadap teknologi pertahanan dan seterusnya melahirkan teknokrat tempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya