Sukan Asia: Malaysia hampiri sasaran 27 pingat

Sukan Asia: Malaysia hampiri sasaran 27 pingat

PASUKAN e-sukan negara berjaya menyumbang pingat gangsa dalam acara Dota 2 semalam.-IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kontinjen Malaysia hanya memerlukan enam pingat lagi untuk melepasi sasaran 27 pingat yang disasarkan di Sukan Asia Hangzhou.

Pada hari kesembilan pertandingan, pasukan e-sukan bagi acara Dota2 berjaya menyumbang gangsa selepas menewaskan Kyrgyzstan 2-0.

Kejayaan itu membuktikan pasukan e-sukan negara mampu memberi sumbangan di temasya besar berkenaan meskipun sukan tersebut kali pertama dipertandingkan di Sukan Asia.

Menurut pengurus pasukan, Kelvin Pang, pertarungan merebut tempat ketiga itu sangat sengit biarpun mereka berjaya dalam kedua-dua pusingan namun perlawanan kedua lebih sukar diramal kerana Kyrgyzstan hampir menjerat aksi hingga ke set penentuan.

“Perlawanan agak sengit. Untuk pusingan pertama, kita menang mudah tetapi pusingan kedua sangat susah, hampir-hampir kalah.

“Bila kami dapat ‘selamatkan’ pingat gangsa itu, kami sangat gembira, menjadikan jumlah keseluruhan pingat oleh e-sukan sekarang ialah satu perak dan satu gangsa.

“Bagi saya ini pencapaian yang sangat baik untuk kami dalam temasya besar seperti ini. Saya harap kejayaan ini akan jadi pemangkin kepada penggiat e-sukan Malaysia untuk menceburkan diri dalam sukan ini dalam Sukan SEA dan Sukan Asia seterusnya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, hasrat Nur Dhabitah Sabri menambah koleksi pingatnya untuk hari ketiga berturut-turut tidak kesampaian apabila meraih tempat keempat dalam acara 1 meter papan anjal individu wanita, semalam.

Acara itu didominasi penerjun China yang merangkul emas dan perak menerusi Li Ya Jie serta Lin Shan manakala penerjun Korea Selatan Kim Suji memenangi gangsa.

Sementara itu, Lee Zii Jia berjaya melunaskan dendamnya terhadap Angus Ng Ka Long selepas menang 15-21, 21-15, 21-16 di pusingan pertama Sukan Asia Hangzhou semalam.

Pasukan memanah kompoun lelaki Malaysia berjaya mencatat kemenangan tipis 231-229 ke atas Bangladesh menerusi gandingan Juwaidi Mazuki, Alang Ariff Aqil Ghazalli dan Syafiq Md Ariffin untuk mara ke suku akhir.

Dalam masa sama, skuad kriket lelaki kebangsaan yang menjuarai Kumpulan C selepas menewaskan Thailand dengan kelebihan 194 larian, turut layak ke suku akhir yang akan berlangsung esok.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya