Speedy Tigress elak hantar skuad eksperimen ke ACT

Speedy Tigress tak akan hantar skuad eksperimen ke ACT

SKUAD Hoki Wanita negara yang telah selesai mengibar cabaran di Sukan Asia Hangzhou.-IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pengendali hoki wanita negara, Mohamed Nasihin Nubli Ibrahim tidak akan mengambil ringan penyertaan mereka di Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia Wanita (ACT) yang akan berlangsung di Ranchi, India pada 27 Oktober hingga 5 November depan.

Ini bermakna tiada rehat panjang buat kebanyakkan para pemainnya yang baru sahaja tamat kempen di Sukan Asia Hangzhou 2022 yang melabuhkan tirainya semalam.

Speedy Tigress menduduki tangga kelima keseluruhan di temasya sukan itu, sekaligus menempah tempah untuk beraksi di Kejohanan Kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada Januari depan.

Justeru Nasihin merancang untuk menjadikan saingan ACT hujung bulan ini sebagai medan persiapan bagi memantapkan lagi pasukan negara bagi menghadapi saingan kelayakan ke Paris yang hanya berbaki tiga bulan sahaja lagi.

“Akan ada beberapa pemain daripada Sukan Asia kali ini yang saya akan rehatkan untuk aksi ACT di India nanti. Dengan adanya kelompok pemain wanita yang lebih besar sekarang, ini memberikan ruang buat barisan kejurulatihan untuk mencuba beberapa pemain baru di ACT.

“Apapun bayangan skuad sudah pun ada tetapi saya masih perlu berbincang dengan pihak pengurusan MHC. Mujur kita ada ACT sebelum Kejohanan Kelayakan Sukan Olimpik, dan di kejohanan ACT ini kita tetap ia sebagai satu saingan yang penting kerana ia menawarkan mata ranking.

“Jadi kita bukan sekadar hanya akan menghantar pasukan untuk memberikan pendedahan, tetapi kita akan cuba berikan terbaik bagi melihat kedudukan kita di ACT nanti,” jelas Nasihin.

Sebanyak lima pasukan terbaik Asia akan menyertai saingan pada edisi kali ini terdiri daripada penyandang juara, Jepun, Korea Selatan, China, India, Thailand serta Malaysia.

Dua tahun lalu ketika saingan berlangsung di Donghae, Korea Selatan dalam keadaan dunia masih berperang dengan wabak COVID-19, skuad negara berputih mata apabila terpaksa menarik diri pada saat akhir setelah salah seorang pemain Nurul Faezah Shafiqah Khalim disahkan positif wabak berkenaan sekaligus mendedahkan seluruh pasukan dalam keadaan bahaya.

Pencapaian terbaik pernah diraih skuad negara adalah ketika edisi 2013 di Kakamigahara, Jepun apabila membawa pulang pingat gangsa.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya