Skuasy disenaraikan pada Los Angeles 2028

Skuasy disenaraikan pada Los Angeles 2028

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penantian itu satu penyeksaan, tetapi impian untuk menyaksikan skuasy disenaraikan ke dalam Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles (LA 2028), Amerika Syarikat akhirnya menjadi kenyataan.

Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) membuat kejutan tersebut dan Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) serta Persatuan Skuasy Profesional (PSA) menyambut baik keputusan berkenaan yang telah sekian lama mereka nantikan.

Presiden WSF, Zena Wooldridge berkata, bagi pihak warga skuasy di seluruh dunia, pihaknya melahirkan rasa gembira di atas penyenaraian skuasy ke dalam LA 2028.

“Skuasy merupakan satu sukan yang begitu dinamik dan mencabar, justeru, ia sesuai untuk dimasukkan sebagai salah satu sukan yang dipertandingkan pada temasya Olimpik,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam.

Sementara itu, Ketua Eksekutif PSA, Alex Gough pula memberitahu, para pemain skuasy telah bekerja keras untuk memastikan sukan itu mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.

“Berita ini merupakan satu perkhabaran gembira apabila akhirnya kita dapat melihat para pemain dapat beraksi dalam LA 2028,” ujarnya.

Penyenaraian skuasy pada Olimpik, menurut beliau, menjadi satu batu loncatan kepada perjalanan sukan tersebut yang telah lama berjuang untuk memastikan skuasy dipertandingkan pada temasya tersebut.

“Tidak sabar untuk saya menyaksikan para pemain kita mempamerkan skil dan semangat juang mereka bertanding di pentas berprestij itu,” tambahnya.

Bagi bintang skuasy Amerika Syarikat, Amanda Sobhy pula berpendapat, sebagai seorang atlet, menjadi impian besarnya untuk bertanding dalam Sukan Olimpik.

“Diberi peluang bersaing bagi merebut pingat emas Olimpik dan menerima gelaran Olimpian, ia merupakan satu kesempatan yang tiada sesiapapun mampu mengambilnya daripada anda.

“Berpeluang beraksi di tanah air sendiri dan mendapat sokongan daripada penyokong, keluarga dan sahabat-handai, ia akan menjadi satu kenangan yang amat bermakna,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya