Skuad Uniti JPNIN siap sedia bantu mangsa banjir

Skuad Uniti JPNIN siap sedia bantu mangsa banjir

CHE Roslan Che Daud (kanan) melukis  mural sempena Program Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan Sri Wangi 2 di Gua Musang, Kelantan, hari ini. -UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Skuad Uniti yang ditubuhkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) akan diaktifkan bagi membantu agensi keselamatan yang terlibat dalam operasi menyelamat dan pemindahan mangsa banjir.

Ketua Pengarahnya, Datuk Che Roslan Che Daud berkata, skuad itu bersiap sedia membantu penduduk di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) menghadapi sebarang kemungkinan banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini.

Katanya, skuad itu juga akan terus giat memantau keadaan semasa kawasan dilanda banjir di Kelantan bagi memastikan keselamatan penduduk terus terjamin.

“Skuad Uniti akan bekerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis dan agensi-agensi lain,” katanya  selepas Program Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan Sri Wangi 2 di sini, semalam.

Sehubungan itu, Che Roslan meminta penduduk di kawasan mudah banjir supaya sentiasa berjaga-jaga dan bersedia sepanjang masa bagi menghadapi musim tengkujuh terutama sekiranya diarahkan berpindah ke kawasan selamat.

“JPNIN tiada peruntukan khusus semasa banjir, tetapi kita akan menggembleng tenaga dengan semua agensi untuk membantu. Paling penting tenaga kita untuk membantu agensi yang lain yang ada peruntukan khusus,” katanya. 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini menasihati orang ramai supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca susulan jangkaan empat hingga enam episod hujan lebat melanda negara bermula bulan depan hingga Feb 2024, yang berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan berisiko.

Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia, Dr. Fariza Yunus berkata perubahan cuaca itu berlaku disebabkan MTL yang bermula pada pertengahan bulan depan hingga Mac 2024.

Beliau berkata, hujan lebat diramal berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula November hingga Disember, sebelum beralih ke Johor dan Sarawak pada Disember hingga Januari 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya