Sembilan maut, 20 bumbung gereja runtuh di Mexico

Sembilan maut, 20 lagi terperangkap dalam kejadian bumbung gereja runtuh di Mexico

mexico
Orang ramai turut membantu pasukan penyelamat mencari mangsa kejadian bumbung gereja runtuh di Mexico. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Sembilan orang dilaporkan terbunuh dan kira-kira 20 yang lain terperangkap selepas bumbung gereja runtuh di Mexico.

Media tempatan melaprokan 49 orang telah dibawa ke hospital, selepas runtuhan di gereja Santa Cruz di Ciudad Madero.

Polis di Tamaulipas memberitahu  kira-kira 100 orang sedang berada dalam gereja itu ketika kejadian. Media tempatan pula melaporkan mereka hadir untuk majlis pembaptisan.

Sebilangan kanak-kanak dipercayai antara yang terperangkap dan usaha menyelamat sedang dijalankan.

Imej di media sosial menunjukkan bangunan gereja itu runtuh dengan orang ramai mengerumuni runtuhan untuk  mencari mereka yang terperangkap.

Wartawan tempatan Franc Contreras memberitahu BBC World Service bahawa keruntuhan berlaku pada saat penting majlis dalam gereja. – BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya