Rapid KL sedia bas khas pada 10-12 Nov sempena MotoGP

Rapid KL sedia bas khas pada 10-12 Nov sempena MotoGP

rapid kl
Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan bas khas kepada peminat sukan permotoran bagi menyaksikan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang akan berlangsung dari 10 hingga 12 Nov ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PETALING JAYA: Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus)  Pengendali pengangkutan bas Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan bas khas kepada peminat sukan permotoran bagi menyaksikan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang akan berlangsung dari 10 hingga 12 Nov ini.
Rapid Bus dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan bas khas itu disediakan di tiga lokasi iaitu Pasar Seni, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan hab bas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.
Menurut kenyataan itu tiket bas akan dijual di stesen LRT terpilih iaitu KLCC, Masjid Jamek, Pasar Seni, KL Sentral serta kaunter kad konsesi MyRapid di hab bas Pasar Seni dan kaunter 10 Hab Pengangkutan KLIA Terminal 2.
“Selain itu, pembelian tiket juga boleh dibuat secara dalam talian mulai 28 Okt (Sabtu) di laman shop.myrapid.com.my. Para pengunjung dinasihatkan untuk membeli tiket lebih awal bagi menggelakkan beratur panjang ketika hendak ke SIC,” menurut kenyataan itu.
Rapid Bus turut memaklumkan pihaknya akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma di dalam kawasan SIC ketika berlangsungnya MotoGP itu. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya