PETALING JAYA: Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan pengalaman bagaimana dia menangis teruk kerana pernah disahkan mengalami kandungan luar rahim atau ectopic pregnancy.
Katanya, ketika itu dia sangat sedih dan mengambil masa selama tiga tahun untuk pulih sebelum dikurniakan cahaya mata pertama iaitu, Syaikhul Islam.
Bagaimanapun, katanya, mana-mana wanita yang pernah alami ectopic pregnancy tidak perlu risau atau takut kerana ia bukan pengakhiran kepada segala-galanya.
“Sarah pun masa itu ingat dah gelap masa depan Sarah.
“Tiga tahun Sarah tunggu untuk ectopic pregnancy itu sembuh, untuk Sarah dapat Syaikhul. Masa itu Sarah ingat Sarah memang tak boleh pregnant.
“Masa Sarah dapat tahu ectopic pregnancy itu, Sarah memang menangis teruk,” kongsi Sarah ketika membuat siaran langsung di TikTok.