Pro Diploma kejurulatihan dikelola FAM dapat anugerah AFC

Pro Diploma kejurulatihan dikelola FAM dapat anugerah AFC

PRESIDEN AFC, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa (kiri) menyampaikan sijil anugerah kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin di Doha, Qatar.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menerima pengiktirafan apabila dianugerahkan Kejurulatihan Konvensyen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Pro Level di Majlis Penyampaian Pengiktirafan Teknikal AFC, di Doha, Qatar, hari ini.

Pengiktirafan itu disampaikan oleh Presiden AFC, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin di majlis Anugerah Tahunan AFC.

“Saya ingin berterima kasih kepada AFC dan saya percaya pengiktirafan Pro Diploma kejurulatihan berkenaan pastinya akan menjadi mencetus semangat kepada kakitangan Jabatan Teknikal dan kejurulatihan khususnya, dan semua anggota pentadbiran FAM, secara amnya, dalam membangunkan lagi bola sepak.

“Pengiktirafan ini memainkan peranan penting dalam membantu FAM meningkatkan kualiti pendidikan kejurulatihan di seluruh Malaysia,” kata Hamidin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya