PRK Kemaman: BN belum buat keputusan bertanding atau tidak

PRK Kemaman: BN belum buat keputusan bertanding atau tidak

AHMAD Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Halal di Putrajaya. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) akan membuat pengumuman rasmi dalam masa terdekat sama ada mahu meletakkan calon atau tidak bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai sebuah parti yang bermaruah, BN dan UMNO boleh bertanding bagi mengurangkan jurang majoriti.

“Sebagai parti bermaruah walaupun potensi agak kelam, namun dengan mengurangkan majoriti pun sudah cukup baik.

“BN berada dalam kedudukan kedua berbanding parti lain dalam Kerajaan Perpaduan. (Perlu ingat) majoriti diperoleh bekas Ahli Parlimen (Pas pada pilihan raya umum lalu) adalah sebanyak 27,000 undi,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Halal di sini, hari ini.

Media hari ini melaporkan, Pas memutuskan untuk tidak akan memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan petisyen pilihan raya yang diputuskan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu bagi Parlimen Kemaman.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, Pas kini menunggu dan bersiap sedia untuk mengambil langkah selanjutnya dan akur dengan ketetapan yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan keputusan mahkamah itu.

Pada 26 September lalu, Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamidi yang mewakili Pas pada PRU15 pada 19 November tahun lalu.

Pada PRU-15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi selepas memperoleh 65,714 undi, menewaskan Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi.

Dua lagi calon yang bertanding di Parlimen itu, Rosli Ab. Ghani (Pejuang) dan Hasuni Sudin (Pakatan Harapan), masing-masing mendapat undi sebanyak 506 dan 8,340 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya