Pejuang Hamas berikrar akan beri tentangan habis-habisan kepada serangan darat Israel

Pejuang Hamas berikrar akan beri tentangan habis-habisan kepada serangan darat Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Hamas berkata, para pejuangnya di Gaza bersedia untuk menghadapi serangan Israel secara ‘habis-habisan’ selepas tentera Israel meluaskan serangan udara dan darat ke atas wilayah Palestin itu.

Kumpulan pejuang Palestin yang memerintah Gaza itu berkata, pejuang mereka telah bertempur dengan tentera Israel di kawasan berhampiran sempadan dengan Israel selepas rejim zionis melaporkan serangan yang lebih intensif di Gaza.

Menjelang pagi Sabtu, pemotongan perkhidmatan internet dan telefon – di mana firma telekomunikasi dan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata akibat daripada pengeboman Israel – telah berterusan selama lebih 12 jam.

“Sebagai tambahan kepada serangan yang dilakukan dalam beberapa hari lepas, tentera darat memperluaskan operasi mereka malam ini,” kata jurucakap tentera Israel Laksamana Muda Daniel Hagari pada taklimat berita di televisyen pada petang Jumaat, menimbulkan persoalan sama ada pencerobohan darat yang telah lama dijangkakan  mungkin bermula.

Beliau berkata, tentera udara Israel melakukan serangan secara meluas ke atas terowong yang digali oleh Hamas dan infrastruktur lain.

Tentera Israel berkata, pada Sabtu ia telah membunuh ketua sayap udara Hamas, yang telah membantu merancang serangan 7 Oktober lalu ke atas bandar-bandar selatan Israel.

Pasukan Pertahanan Israel berkata, jet pejuangnya telah menyerang Asem Abu Rakaba, ketua Unit Udara Hamas, yang bertanggungjawab ke atas UAV, dron, paraglider, pengesanan udara dan pertahanan udara Hamas.

“Beliau mengambil bahagian dalam merancang pembunuhan beramai-ramai di komuniti sekitar Semenanjung Gaza pada 7 Oktober. Dia mengarahkan pengganas yang menyusup masuk ke Israel guna paraglider dan bertanggungjawab untuk serangan dron ke atas pos IDF,” kata IDF. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya