Pasukan kompoun lelaki kurang ‘menyengat’

Pasukan kompoun lelaki kurang ‘menyengat’

Juwaidi Mazuki mengetuai pasukan kompaun negara ke suku akhir di Sukan Asia Hangzhou.-IHSAN MOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun berjaya mara ke suku akhir memanah kompoun lelaki, namun jurulatihnya, Zulfadhli Ruslan kurang berpuas hati dengan persembahan tiga atletnya kerana berpendapat mereka mampu beraksi jauh lebih baik berbanding aksi semalam.

Kemenangan tipis Malaysia, 231-229 ke atas Bangladesh menerusi gandingan Juwaidi Mazuki, Alang Ariff Aqil Ghazalli dan Syafiq Md Ariffin membuktikan bahawa mereka berdepan gemuruh yang terlalu besar dan sukar mengawal perasaan yang akhirnya diterjemahkan melalui aksi kurang baik pada awal permainan.

Bagaimanapun, Zulfadhli berharap aksi berdepan Iran di kelompok lapan terbaik nanti akan menunjukkan penambahbaikan oleh ketiga-tiga atlet itu yang telah bergandingan sejak 2019.

“Perlawanan itu kalau lihat atas kertas, dijangka kita memang boleh menang sedikit mudah tetapi di pentas besar ini, pastinya setiap atlet akan rasa gementar dan perasaan bercampur baur walaupun kita sempat berlatih seminit sebelum pertandingan bermula.

“Semasa perlawanan, bagi saya Bangladesh beri saingan sengit cuma perlawanan itu menunjukkan Malaysia bukan di tahap sebenar.

“Markah yang kita peroleh itu kurang daripada apa yang kita buat semasa latihan dan kejohanan lain sebelum ini, namun alhamdulillah mereka berjaya bangkit di saat-saat akhir dan meraih kemenangan tipis.

“Kita menang dengan perbezaan dua mata. Saya positif mereka di suku akhir nanti mereka dapat buat lebih baik sebab Iran berada di kedudukan ke-4 dunia dan kita pula di tangga ke-5,” katanya.

Pada edisi lalu di Jakarta-Palembang 2018, skuad memanah kompoun lelaki Malaysia berjaya menyumbang gangsa dalam pungutan pingat kontinjen negara.

Malaysia bakal bertemu Iran, Khamis ini pukul 2.45 petang waktu Malaysia.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya