MYArline perlu bayar balik tiket pengguna - MAVCOM

MYAirline perlu bayar balik tiket pengguna – MAVCOM

Myairline
Pramugari pesawat MyAirline menunjukkan replika pesawat MyAirline ketika majlis pelancaran penerbangan pertama MyAirlines bagi laluan Kuala Lumpur ke Pulau Pinang sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada Disember 2022. -UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MACVOM) menegaskan operasi syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn. Bhd. (MYAirline) bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik kepada pengguna yang terkesan.

MAVCOM berkata, MYAirline perlu membayar ganti rugi kepada pembeli tiket yang terkesan dengan pergantungan operasi syarikat tersebut sehingga mereka tidak dapat meneruskan penerbangan.

“MAVCOM telah mengarahkan MYAirline untuk segera membantu para pengguna terjejas antara lainnya termasuk, dengan memaklumkan kepada mereka mengenai penggantungan operasi tersebut dan menerbitkan pengumuman mengenai penggantungan tersebut melalui saluran-saluran komunikasi syarikat penerbangan yang tersedia.

“MYAirline juga telah diarahkan oleh Suruhanjaya untuk segera menghentikan penjualan dan tempahan tiket penerbangan di semua platform tempahan sehingga notis lanjut diberikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini sehingga suatu tarikh yang diberitahu kelak.

Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu berkata, keputusan penggantungan tersebut dibuat kerana tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.

MAVCOM berkata, pihaknya juga menjalankan siasatan ke atas MYAirline berdasarkan pelaksanaan semakan dalaman dan aduan yang diterima berkenaan pembayaran statutori yang tidak dijelaskan kepada para pekerja syarikat tersebut.

“MAVCOM akan memaklumkan sebarang perkembangan lanjut mengenai operasi MYAirline dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, MAVCOM turut menyediakan talian dan saluran khusus untuk membantu pengguna yang terkesan dengan penggantungan operasi MYAirline.

Jelasnya, langkah tersebut diambil bagi membantu pengguna yang terjejas dengan penggantungan secara mengejut tersebut.

“MAVCOM menggesa para pengguna terjejas yang telah membeli tiket penerbangan MYAirline bagi tarikh penerbangan dari 12 Oktober 2023 dan selanjutnya.

“Untuk menghubungi saluran aduan khas syarikat penerbangan tersebut iaitu [email protected] bagi sebarang pertanyaan dan bantuan berhubung tempahan mereka,” katanya.

Pengguna boleh menghubungi MAVCOM melalui Hotline pengguna iaitu 1800-18-6966 dan 03-7651 2777 bagi pengguna di luar negara, selain itu turut boleh menghantar emel pada mereka iaitu di [email protected].

Pengguna juga boleh mengisi boring aduan FlySmart iaitu https://flysmart.my/buat-aduan/ dan menggunakan aplikasi mudah alih FlySmart. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya