LONDON: Liverpool berminat untuk mendapatkan pemain sayap Wolveshampton dan Portugal, Pedro Neto, 23, jika penyerang Mesir Mohamed Salah, 31, memutuskan untuk meninggalkan musim panas depan.
Neto adalah watak utama ketika Wolves meleburkan rekod 100 peratus penyandang juara, Manchester City hujung minggu lalu melalui usaha solonya yang mengagumkan.
Pemain sayap itu kini dikatakan dalam prestasi terbaik di mana pada perlawanan tersebut, lariannya di sayap kanan dari bahagian sayap sendiri dengan mudah menewaskan Foden dan Nathan Ake sebelum melakukan hantaran silang.
Selain Liverpool, Arsenal, Aston Villa dan Atletico Madrid juga berminat dengan pemain muda yang sedang meningkat naik itu. – BBC