IBARAT beri kemenangan percuma, itu yang seolah-olah berlaku apabila Tottenham Hotspur menewas Liverpool 2-1 di London malam tadi.
Sebabnya kemenangan itu diperolehi hanya melalui gol sendiri Joel Matip pada hujung perlawanan sekali gus melenyapkan rekod tanpa kalah The Red.
Bukan sahaja setakat gol sendiri, Liverpool hanya bermain dengan sembilan pemain ekoran dua kad merah kontroversi yang dilayangkan kepada Curtis Jones ekoran kekasaran ke atas Yves Bissouma hanya selepas 26 minit perlawanan hasil VAR.
Selepas itu Diogo Jota pula yang masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua kena kad ketika perlawanan berbaki lagi 20 minit.
Kapten Spurs Son Heung-min meletakkan pasukannya di depan sembilan minit sebelum tamat separuh masa pertama hasil hantaran Richarlison yang sebelum itu menyambut hantaran daripada James Maddison.
Tetapi pelawat bertindak balas dengan gol penyamaan pada masa kecederaan separuh masa pertama apabila Cody Gakpo menjaringkan gol daripada tandukan Virgil van Dijk.
Spurs mempunyai peluang yang lebih baik pada separuh masa kedua dan penjaga gol Liverpool, Alisson Baler berjaya mengekang setiap cubaan untuk mengekalkan The Reds tidak tercicir mata ekoran cubaan-cubaan daripada Maddison dan Son.
Walaupun dengan sembilan pemain, kelihatan barisan belakang The Red mampu bertahan untuk memastikan mereka pulang dengan satu mata.
Ketika Spurs melancarkan serangan terakhir, Matip tertampan hantaran lintang Pedro Porro melepasi Alisson yang tidak berdaya untuk berbuat apa yang melengkapkan malam penuh kecewa buat Liverpool.
Ini adalah kekalahan pertama Liverpool musim ini dan mengekalkan rekod tanpa kalah Liga Perdana pengurus Spurs, Ange Postecoglou. – BBC