KUALA LUMPUR: Terdapat lima orang rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik di Gaza susulan pertempuran antara Israel dan Hamas ketika ini namun semua mereka dalam keadaan selamat.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir dengan berkata, lima individu itu termasuk seorang ibu bersama tiga orang anaknya.
Seorang lagi katanya, adalah doktor, Nurul Ain Latif, berasal dari Kota Bharu, Kelantan yang telah berkahwin dengan warga Palestin.
“Mereka berada di tempat yang selamat. Kita juga sedang berusaha untuk melakukan proses pemindahan untuk Dr Nurul Ain.
“Sehingga kini kita mendapat kerjasama daripada Kedutaan Filipina untuk mengeluarkan keluarga ini bersama dengan lapan warga Indonesia yang berada di kawasan tersebut,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN