Kerjaya atau rumah tangga? - Utusan Malaysia

Kerjaya atau rumah tangga?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
SOALAN
Saya seorang wanita bekerjaya. Sejak akhir-akhir ini, saya mengalami tekanan kerana bebanan kerja yang banyak sehingga terpaksa dibawa pulang ke rumah. Anak-anak diuruskan oleh suami sepenuhnya. Lantaran itu, suami meminta saya berhenti kerja sedangkan saya masih sayangkan kerjaya.  Saya sangat buntu.
-WANITA BUNTU, PJ
JAWAPAN:
Antara kerjaya dan rumah tangga, yang mana perlu didahulukan? Persoalan ini kerap menganggu wanita terutama mereka yang bekerjaya.
Kekangan masa dalam mengurus antara tuntutan tugas di tempat kerja dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah sedikit sebanyak menganggu fikiran mereka untuk terus bekerja atau berhenti.
Tidak dinafikan menjadi wanita pada masa kini lebih mencabar kerana mereka bukan sahaja menjadi isteri kepada suami, tetapi ibu kepada anak-anak dan staf kepada majikan.
Tanggungjawab yang perlu dipikul sangat besar. Ada masanya, mereka perlu membantu suami untuk meringankan bebanan kewangan dalam keluarga sehingga menjadi asbab untuk mereka  terus bertahan dalam mengurus semua perkara.
Bagaimanapun, perasaan dilema ini kadangkala hadir apabila tunggakan kerja terpaksa dibawa pulang ke rumah.
Tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu terpaksa dikorbankan demi menyelesaikan tugasan kerja tersebut.
Ini menyebabkan rumah tangga yang sepatutnya bahagia bersama keluarga bertukar menjadi suram kerana keperluan untuk menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh di pejabat ke rumah.
Di sini saya sediakan beberapa tips yang boleh dirujuk untuk menjadi individu berjaya di rumah dan di tempat kerja:
-Sediakan perancangan rutin harian. Tulis perancangan aktiviti harian dengan tersusun dan ambil kira semua urusan anak, suami dan kerjaya. Mungkin pada awalnya agak sukar untuk menguruskan keluarga dan kerjaya, tetapi percayalah anda mampu untuk mengawal kedua-duanya apabila dapat mengikuti perancangan yang dibuat dengan baik.
-Dapatkan sokongan dan dorongan suami apabila berada dalam keadaan emosi tidak stabil.  Luahkan masalah dan berbincanglah.
-Kukuhkan jaringan sokongan dalam organisasi. Fokus kepada perkara yang puan boleh lakukan tanpa mengabaikan tanggungjawab pada diri sendiri.
-Berusaha untuk menyelesaikan tugasan di tempat kerja. Elak daripada membawa pulang tunggakan kerja yang tidak selesai ke rumah.
-Beri penegasan kepada diri bahawa keluarga adalah keutamaan saya.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya