Kebakaran hutan di Gunung Lowu, Indonesia seluas 1,100 hektar

Kebakaran hutan di Gunung Lowu, Indonesia seluas 1,100 hektar

Indonesia
Seorang petani cuba memadamkan kebakaran berhampiran ladang cilinya di Ogan Ilir, Sumatera Selatan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kebakaran hutan di Gunung Lawu Indonesia di pulau Jawa merebak sehingga melibatkan kawasan seluas 1,100 hektar hari ini, menurut seorang pegawai.

Dengan ketinggian 3,265 meter dari aras laut dan menjadi salah satu destinasi pendaki, gunung ini terletak di perbatasan Kabupaten Karanganyar di wilayah Jawa Tengah dan Kabupaten Magetan dan Ngawi di Jawa Timur.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan api berjaya dikawal.

Menurut Pemangku Ketua Agensi Mitigasi Bencana Jawa Timur, Gatot Soebroto, kebakaran itu pada mulanya bermula di Jawa Timur pada Jumaat minggu lalu, dan kemudian merebak di Jawa Tengah.

“Pada masa ini, kebakaran hutan dan tanah di Gunung Lawu telah merebak sehingga 1,100 hektar,” katanya kepada media tempatan pada hari ini sambil menambah pihaknya akan bekerjasama dengan agensi mitigasi bencana Jawa Tengah untuk mengawal kebakaran menggunakan pengebom air.

Kebakaran hutan itu juga mendorong pentadbiran Ngawi mengisytiharkan status amaran kecemasan selama dua minggu kerana wilayah itu kini mengalami musim kemarau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ngawi, Argo Wiyono berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mencari punca kebakaran itu. – Xinhua

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya