PALEMBANG: Situasi jerebu di Indonesia semakin buruk dengan asap melitupi keseluruhan bandar Palembang ekoran kebakaran membabitkan lebih 300 hutan dan tanah gambut di Sumatera yang masih gagal dipadamkan.
Ini menyebabkan kualiti udara di wilayah ini sangat teruk hingga kerajaan meminta penduduk tidak keluar dan bekerja dari rumah.
Sekolah-sekolah sudah pun diarah tutup atau ditunda sesi pembukaannya ekoran tahap penglihatan akibat jerebu semakin buruk sejak Isnin.
Anggota tentera dan polis serta kakitangan kerajaan tempatan kini berhempas pulas berusaha memadamkan kebakaran yang menjejaskan seluruh 316 kawasan ekoran cuaca kering dan berangin. – AFP