Isreal kini sasarkan terowong Hamas berselirat di bawah Gaza

Israel kini sasarkan terowong Hamas yang berselirat di bawah Gaza

gaza
Gambar ini diambil dari video yang dikeluarkan oleh tentera Israel pada 15 Ogos 2022, dilaporkan menunjukkan tentera bekerja di tapak di mana tentera berkata mereka telah menemui dan menyekat terowong yang menuju keluar dari Semenanjung Gaza ke Israel. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Israel berkata mereka kini menyasarkan serangan ke terowong rahsia Hamas yang dibina secara berselirat di bawah Semenanjung Gaza digunakan sebagai tapak untuk melakukan serangan rentas sempadan yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada hari Sabtu.

“Fikirkan Semenanjung Gaza sebagai satu lapisan untuk orang awam dan kemudian satu lagi lapisan untuk Hamas.

“Kami cuba mencapai lapisan kedua yang telah dibina oleh Hamas,” kata jurucakap Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dalam video pada Khamis.

“Ini bukan kubu untuk orang awam Gaza. Ia hanya untuk Hamas dan pengganas lain supaya mereka boleh terus menembak roket ke Israel, untuk merancang operasi, untuk melancarkan pengganas ke Israel,” dakwa mereka.

Adalah sangat sukar untuk menilai saiz rangkaian, yang digelar Israel sebagai “Metro Gaza” kerana ia dipercayai terbentang di bawah wilayah yang hanya 41km (25 batu) panjang dan 10km lebar.

Berikutan konflik pada 2021, IDF berkata, mereka telah memusnahkan lebih 100km terowong dalam serangan udara.

Sementara itu, Hamas mendakwa terowongnya menjangkau 500km dan hanya lima peratus yang terkena serangan.

Untuk meletakkan angka tersebut dalam perspektif, laluan kereta api bawah tanah London adalah sepanjang 400km dan kebanyakannya berada di atas tanah. – BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya