Guar Syed Alwi muncul juara Liga Super Perlis

Guar Syed Alwi muncul juara Liga Super Perlis

PASUKAN Guar Syed Alwi FC muncul juara kejohanan bola sepak Liga Super Perlis 2023 selepas menewaskan Lion Junior FC 1-0 dalam aksi sengit di Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perlis, Arau, Perlis, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pasukan Guar Syed Alwi FC muncul juara kejohanan bola sepak Liga Super Perlis selepas menewaskan Lion Junior FC 1-0 dalam aksi sengit di Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perlis di sini, semalam.

Gol kemenangan Guar Syed Alwi dalam perlawanan akhir tersebut dijaringkan oleh Muhammad Arif Nazdman Roslan pada minit ke-70 untuk membawa pasukannya menjuarainya kejohanan edisi kedua itu.

Kemenangan itu membolehkan pasukan Guar Syed Alwi membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 manakala Lion Junior selaku Naib Juara membawa pulang wang tunai RM3,000.

Tempat ketiga pula diraih oleh pasukan KSMR Kangar FC dan Anak Nelayan FC  dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.

Majlis penyerahan hadiah tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa sukan negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Liga Bola Sepak Perlis, Muhammad Azmir Azizan.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Pengurusan), Dr. Faizal Kamarudin.

Liga Super Perlis 2023 bermula pada 21 Julai hingga 30 September dengan sebanyak 14 pasukan tempatan telah menyertai edisi kali ini membabitkan 45 perlawanan keseluruhan.

Sebagai rekod, Liga Super Perlis telah dijenamakan semula daripada Liga Bola Sepak Perlis sebagai satu langkah penstrukturan sistem liga bola sepak tempatan di negeri ini.

Liga Super Perlis 2023 merupakan edisi kedua yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Perlis yang dikelolakan oleh Majlis Sukan Negeri Perlis.

Liga Super Perlis telah mendapat pengiktirafan daripada Amateur Football League (AFL) sebagai liga yang berstatus M5 iaitu liga amatur tahap ke-3 di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya