BAITULMUQADDIS: Sebuah peluru berpandu permukaan ke permukaan dilancarkan ke wilayah Israel dari wilayah Laut Merah, kata tentera Israel.
Peluru berpandu itu berjaya dipintas oleh sistem pertahanan jarak jauh “Arrow”, menurut kenyataan tentera.
Sebelum ini pemberontak Houthi Yaman yang disokong Iran mengaku telah melancarkan dron ke arah Israel sebagai tindakan balas terhadap perangnya ke atas Gaza.
“Dron ini milik negeri Yaman,” kata Abdelaziz bin Habtour, perdana menteri kerajaan Houthi, kepada AFP.