BAITULMUQADDIS: Pemberontak Houthi Yaman yang disokong Iran mengaku telah melancarkan dron ke arah Israel sebagai tindakan balas terhadap perangnya ke atas Gaza.
“Dron ini milik negeri Yaman,” kata Abdelaziz bin Habtour, perdana menteri kerajaan Houthi, kepada AFP.
Terdahulu, sebuah kenderaan udara tanpa pemandu ditembak jatuh di atas Laut Merah semasa mendekati Israel. – AFP