Gaza terkini: Kanada seru gencatan sementara dalam perang Gaza

Gaza terkini: Kanada seru gencatan sementara dalam perang Gaza

gaza terkini
Lelaki membawa kayu untuk digunakan bagi memasak di luar rumah di sepanjang jalan di Rafah di selatan Gaza pada 31 Oktober,- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO: Perjanjian kemanusiaan amat diperlukan untuk membantu orang ramai di Semenanjung Gaza, kata Kanada, walaupun negara itu berkecuali pada resolusi PBB yang menggesa “gencatan senjata kemanusiaan” minggu lalu.

Menteri Hal Ehwal Luarnhya, Melanie Joly menggesa agar “gencatan sementara dalam perang untuk membolehkan lebih banyak bantuan masuk ke Gaza.

“Situasi kemanusiaan yang dihadapi rakyat Palestin, yang dihadapi wanita dan kanak-kanak Palestin, adalah teruk,” katanya.

Sebanyak 400 warga Kanada “terperangkap” di Gaza, kata Joly.

Pada hari Jumaat, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan resolusi menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera antara Israel dan Hamas dan menuntut akses bantuan ke Gaza.

Kanada adalah antara 14 negara yang berkecuali.

Joly mengulangi Israel mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya daripada “keganasan mengikut undang-undang antarabangsa”.

Dia juga mengkritik serangan oleh peneroka Israel ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya