Gaza: Semua pejuang Hamas mesti mati, kata Netanyahu

Gaza: Semua pejuang Hamas mesti mati, kata Perdana Menteri Israel Netanyahu

Gaza
Tunjuk perasaan di Chicago sebagai memberi sokongan kepada palestin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang semakin tertekan ekoran keupayaan Hamas menembusi sistem pertahanan mereka mengugut bahawa setiap anggota pejuang Hamas mesti mati.

Dia berkata demikian selepas mesyuarat pertama kerajaan tergempar negaranya.

Di sampingnya, tokoh pembangkang Benny Gantz berkata ia adalah “masa untuk berperang”.

Tetapi Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berkata beliau telah bercakap dengan Netanyahu dan menjelaskan bahawa Israel mesti “beroperasi mengikut peraturan perang”.

Angka kematian di Israel mencecah 1,200 orang. Lebih 1,100 orang telah terbunuh oleh serangan udara Israel ke atas Gaza.

Biden berkata, beliau memahami kemarahan dan kekecewaan rakyat Israel tetapi menggesa Israel untuk mematuhi prinsip konvensyen Geneva.

Dia juga memberi amaran kepada Iran – yang mengalu-alukan serangan Hamas – supaya “berhati-hati”.

Pada Rabu Netanyahu dan Gantz bersetuju untuk mengetepikan persaingan politik  ekoran serangan Hamas.

Gantz memberitahu rakyat Israel bahawa kerajaan yang baru dibentuk itu “bersatu” dan bersedia untuk “menghapuskan perkara yang dipanggil Hamas ini dari muka bumi”. – BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya