GOODISON PARK: Everton menamatkan kemarau kemenangan di tempat sendiri dengan mengetepikan Bournemouth yang tidak pernah menang untuk mengutip tiga mata penuh pertama mereka di Goodison Park musim ini.
Pasukan Sean Dyche telah mengalami empat kekalahan berturut-turut di gelanggang mereka sendiri, sebahagiannya kerana penyudah yang buruk, tetapi mereka membaikinya dengan tigaa gol malam tadi.
Bournemouth pula seolah-olah menyerahkan kepada lawan apabila melakukan beberapa siri kesilapan di pertahanan dan dihukum oleh penyudah mudah James Garner selepas 10 minit perlawanan kerana kesilapan pertahanan tengah Illia Zabarnyi.
Gol kedua datang hasil tumbukan lemah oleh penjaga gol, Neto, dengan bola jatuh kepada Jack Harrison sejauh 25 ela. Pemain sayap yang dipinjam dari Leeds itu dengan cemerlang membuat penyudah buat kali pertama ke gawang tanpa kawalan.
The Toffees mungkin mendapat gol ketiga pada separuh masa, tetapi tandukan Dominic Calvert-Lewin yang menjulang di tiang belakang menggegarkan palang.
Tetapi pasukan tuan rumah tetap bersemangat menentang pasukan Cherries dan melakar kemenangan ketika perlawanan memasuki masa sejam apabila Abdoulaye Doucoure menjaringkan satu lagi gol untuk mematikan peluang lawan. – BBC