LONDON: Scotland layak ke Euro 2024 dengan berbaki dua perlawanan ekoran kemenangan Sepanyol 1-0 ke atas Norway.
Kekalahan Norway itu meletakkan pasukan bimbingan Steve Clarke menamatkan saingan di kelompok dua teratas dalam Kumpulan A.
Scotland kini di belakang Sepanyol hanya dengan perbezaan gol tetapi Norway, ketinggalan lima mata dengan hanya satu perlawanan berbaki, suidah tidak mampu mengejar dua pasukan berkenaan.
Keputusan itu menyaksikan Scotland layak ke kejohahan terbesar Eropajh itu dua kali berturut-turut di bawah bimbingan Clarke, dan layak secara merit di peringkat kumpulan buat kali pertama sejak 1997. – BBC