PETALING JAYA: Elly Mazlein menafikan penarikan dirinya daripada program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) disebabkan dia sedang hamil.
Elly atau turut disapa sebagai Kak Lina dalam kenyataan di Instagram berkata, pengundurannya daripada mengacarakan program realiti tersebut juga bukan gimik.
Sebaliknya, kata Elly keputusan tersebut dibuat atas kemahuan dirinya sepenuhnya.
“Sayang.. Kepom tak mengandung.. Kepom dan suami baik-baik saja, alhamdulillah.
“Ini bukan salah Astro, ini semua bukan gimik seperti Nabil Ahmad cakap.
“Inilah kenyataan di mana Kepom (Kak Lina) sudahpun tinggalkan GV buat selama-lamanya..
“Ya .. tiada lagi.. cukup.. Ini semua keputusan Kepom sendiri,” katanya dalam kenyataan tersebut.