Dekorasi rumah di hujung jari

Dekorasi rumah di hujung jari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKAN mudah untuk menentukan konsep dan dekorasi sesebuah kediaman apatah lagi jika ia merupakan rumah pertama.

Banyak kedai perabot dan pusat jualan aksesori rumah yang harus dikunjungi bagi memenuhi konsep idaman.

Kini, semua itu boleh dilakukan di hujung jari dengan aplikasi rekaan rumah realiti maya, Sofa X.

Aplikasi yang dilancarkan sejak 2020 itu membolehkan pengguna melakukan rekaan dalaman rumah secara realiti maya dan lebih mudah tanpa perlu ke sana sini.

Malah, Ketua Pegawai Operasinya, Mac Lai berkata, pengguna tidak perlu lagi melakukan lakaran konsep impian dengan menggunakan pen dan kertas.

“Konsep realiti maya membantu pengguna menata rias dan menyusun atur kediaman mengikut citarasa mereka dengan perabot sebenar melalui kerjasama dengan beberapa jenama perabot dan hiasan rumah.

“Bukan itu sahaja, jika pengguna berpuas hati dengan konsep yang dipilih, mereka boleh terus membeli perabot atau barangan tersebut menerusi aplikasi ini,” katanya ketika ditemui di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Teknologi itu turut menawarkan perkhidmatan pembeli peribadi untuk membeli-belah dengan lebih mudah.

Pembeli peribadi akan memberi saranan di samping membantu pemilik kediaman membuat pilihan dengan lebih baik.

Ia juga merangkumi perkhidmatan kepada hartanah subjualan.

Langkah itu bagi memastikan semua individu, tanpa mengira jenis hartanah yang dimiliki boleh menggunakan aplikasi dan perkhidmatan Sofa X untuk mencipta dan melengkapkan ruang impian mereka.

Dengan pemodelan 3D dan teknologi fotorealistik, ia boleh menjana pelan lantai untuk kediaman selain menyediakan hiasan perabot berkualiti tinggi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya