ACL: Arif Aiman pacu kemenangan JDT

ACL: Arif Aiman pacu kemenangan JDT

ARIF Aiman Hanapi mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu JDT menewaskan BG Pathum di Stadium Leo, Bangkok, malam ini.-IHSAN JOHOR Southern Tigers
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) mengotakan janji untuk membawa pulang tiga mata selepas menewaskan BG Pathum 4-2 pada aksi kedua Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Leo, Bangkok, tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Victor Cardozo yang menyudahkan sepakan penalti.

Namun skuad Harimau Selatan tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan hasil rembatan kencang Arif Aiman Hanapi seminit kemudian dalam kotak penalti.

Gol itu seolah-olah menyuntik semangat JDT apabila berjaya menggandakan jaringan menerusi ledakan penyerang sensasi dari Brazil, Bergson pada minit ke-14.

Kedudukan 2-1 itu kekal sehingga babak pertama berakhir meskipun kedua-dua pasukan berpeluang menambah jaringan.

Bersambung babak kedua, pasukan pelawat sekali lagi merobek gawang BG Pathum pada minit ke-53 dan kali ini menerusi Juan Muniz.

Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah kembali merapatkan kedudukan hasil ledakan penyerang dari Brazil Cardozo dua minit kemudian.

Aksi serang menyerang yang disajikan kedua-dua pasukan berjaya menghiburkan penyokong-penyokong yang hadir ke stadium tersebut.

Arif Aiman menutup kemenangan bergaya JDT dengan meledak gol kedua peribadinya dan keempat buat pasukan pada minit ke-78 apabila rembatan kencang dalam kotak penaltinya menggegar gawang tuan rumah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya