Tze Yong jinakkan Prannoy

Tze Yong jinakkan Prannoy

NG TZE YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong melakukan kejutan apabila menundukkan lawan di ranking keenam dunia dari India, H S Prannoy di pusingan pertama Terbuka China, sebentar tadi.

Tze Yong yang menghuni ranking ke-22 dunia bagaimanapun terpaksa bekerja keras untuk menyingkirkan pemenang pingat gangsa di Kejohanan Dunia Copenhagen 2023 itu dengan kemenangan 21-12, 21-13, 21-18.

Kemenangan itu menyaksikan Tze Yong bakal bertemu Shesar Hiren Rhustavito di pusingan kedua selepas pemain Indonesia tersebut menewaskan lawan dari India, Priyanshu Rajawat 21-13, 26-24 dalam tempoh 41 minit di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik di Changzhou.

Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan rakan sepelatih, Goh Soon Huat-Shevon Lai 25-23, 21-15.

Kian Meng-Pei Jing dijadual bertemu pasangan Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti yang membuat kejutan menewaskan beregu ketujuh dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 21-16, 12-21, 21-16.

Turut melangkah ke pusingan kedua adalah beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah yang menewaskan Debora Jille-Cheryl Seinen 17-21, 21-17, 21-10.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya