'Tahniah dan terima kasih Nur Shazrin'

‘Tahniah dan terima kasih Nur Shazrin’

HANNAH Yeoh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada atlet pelayaran negara Nur Shazrin Mohamad Latif yang bukan sahaja menghadiahkan pingat emas pertama kepada Malaysia di Sukan Asia Hangzhou.

Malah, atlet berusia 25 tahun kelahiran Pasir Gudang, Johor itu turut menempah slot secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Emas pertama Malaysia daripada Nur Shazrin Mohamad Latif, sukan pelayaran ILCA 6. Tahniah dan terima kasih Shazrin!

“Secara merit layak ke Sukan Olimpik Paris 2024,” tulis Hannah di laman media sosialnya.

Nur Shazrin Latif

Shazrin muncul pemenang pingat emas selepas perlumbaan terakhir ILCA 6 terpaksa dibatalkan, kerana ketiadaan angin.

Lima tahun lepas di Palembang-Jakarta, Shazrin berjaya membawa pulang gangsa dalam acara laser radial selepas tewas kepada atlet Jepun, Manami Doi dan perak diraih Zhang Dongshuang dari China.

Skuad pelayaran negara menutup tirai saingan di Sukan Asia dengan menghadiahkan satu emas menerusi Nur Shazrin dan dua gangsa yang disumbangkan oleh Asnawi Iqbal Adam serta Tengku Nuraini Ezaty Tengku Khairudeen.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya