Serangan makhluk perosak turut bahayakan nyawa - Utusan Malaysia

Serangan makhluk perosak turut bahayakan nyawa

PEKERJA syarikat kawalan serangga perosak menyembur racun bagi membasmi anai-anai di sebuah rumah pelanggan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUMBUNG rumah ranap dimakan anai-anai sehingga membahayakan nyawa penghuni dan perabot rosak kerana masalah sama sehingga terpaksa dibuang.

Itu antara masalah serius yang dihadapi apabila struktur kediaman dan peralatan rumah diserang koloni anai-anai.

Isu anai-anai ini bukan perkara mudah, malah kaedah membasmikannya juga berlainan mengikut jenis anai-anai yang menyerang.

Ini kerana terdapat lebih 2,700 spesies anai-anai di seluruh dunia dan lebih 140 jenis boleh didapati di negara ini.

Justeru, masalah ini memerlukan penyelesaian kumpulan pakar agar anai-anai yang menyerang dapat dihapuskan secara keseluruhan.

Berkongsi pengalaman, pekerja swasta, Muhamad Nadzrin Muhamad berkata, rumah peninggalan neneknya di Kuala Lipis, Pahang pernah diserang anai-anai sehingga terpaksa dikosongkan.

“Rumah tersebut memang 100 peratus diperbuat menggunakan kayu, jadi amat mudah diserang anai-anai. Apabila sudah terlampau teruk, pak cik saya yang tinggal di rumah itu membuat keputusan untuk berpindah.

“Di kawasan kampung pula memang tidak terdedah dengan perkhidmatan kawalan makhluk perosak, jadi ketika itu kami hanya menggunakan racun serangga untuk membasmi anai-anai namun tidak dapat diselesaikan sepenuhnya kerana ratu anai-anai itu masih membiak,” katanya.

Sementara itu, konsultan, Che Muhammad Bukhari Che Mohd. Razali berkata, dia pernah berdepan dengan serangan anai-anai dua tahun lalu.

Ujarnya, disebabkan rumah itu adalah rumah sewa, maka pemilik yang mengeluarkan kos perbelanjaan membasmi anai-anai yang ketika itu mencecah RM1,500.

“Saya sendiri tidak sedar sejak bila anai-anai mula membuat sarang di rumah saya. Yang paling teruk terjejas adalah bilik stor yang menempatkan banyak kotak-kotak barangan kami sekeluarga.

“Saya hanya menyedari serangan anai-anai apabila melihat perabot saya mula rosak dimakan serangga perosak itu. Syarikat kawalan serangga perosak yang dipanggil datang untuk membasmi anai-anai itu beberapa kali dengan memberikan sejenis serbuk untuk dimakan oleh anai-anai seterusnya merencatkan pembiakan ratu.

“Selepas sebulan, rumah saya akhirnya bebas daripada anai-anai dan kami juga diberikan jaminan selama setahun oleh syarikat tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya