Saya simpati dengan Maguire - Solskjaer

Saya simpati dengan Maguire – Solskjaer

manchester united
Ole Gunnar Solskjaer dan Harry Maguire. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas pemain dan pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata, dia simpati dengan pemain pertahanan kelab itu Harry Maguire kerana seolah-olah menjadi mangsa buli.

“Memalukan apabila dia didera sebegitu. Saya berasa kasihan kepadanya, tetapi dia seorang yang kuat dan saya harap keadaaan akan berubah untuknya.

“Beliau memperkuatkan pertahanan kami ke tahap yang lebih baik ketika dia tiba dan menaikkan suasana di situ.

“Saya tidak ingat setiap pembelian yang saya buat, tetapi saya harus melakukannya kerana terdapat had pada tiga pemain utama setiap musim,” kata Solskjaer dalam temu bualnya dengan The Athletic.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya