'Saya seronok bela kambing, hilang stres urusan dengan manusia'

‘Saya seronok bela kambing, hilang stres dengan manusia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“SAYA seronok membela kambing. Kadang-kadang stres berurusan dengan manusia. Bila ada kambing ini, automatik hati jadi gembira dan rasa tenang. Bela kambing ibarat terapi buat diri sendiri.”

Itu pengakuan jujur, Farah Solehah Abdullah,30. Daripada seekor kambing yang bela, kini haiwan berkenaan beranak-pinak hingga menjadi 13 ekor semuanya.

Pekerja swasta ini berkata, minat membela kambing mula berputik sejak usianya kanak-kanak lagi.

“Saya selalu menonton video mengenai kambing di internet dan saluran YouTube. Bermula daripada situ, saya semakin minat dengan kambing.

“Makin hari makin suka. Saya rasa kambing ini binatang yang comel,” katanya yang membela kambing di sekitar kawasan kampungnya di Kampung Pasir Gajah, Kemaman, Terengganu.

Anak kelima daripada enam beradik ini berkata, kesemua kambing yang dimilikinya adalah daripada jenis baka tenusu yang memerlukan penjagaan rapi.

“Kambing tenusu ini agak sensitif sebab ia mudah diserang penyakit,” katanya yang berdepan situasi mencemaskan apabila sembilan kambing belaannya mati dalam tempoh setahun sebelum ini.

“Sebelum ada pendapatan sendiri, memang tak mampu nak beli kambing sebab harganya mahal.

“Sekarang lain. Saya sanggup mengumpul duit membeli seekor kambing tenusu jantan jenis Anglo Nubian berharga RM8,000.

“Itu belum lagi kos kandang yang pun mahal sebab harga kayu naik.

“Kos perbelanjaan buat kandang kambing juga mencecah RM35,000,” katanya.

Sebab minat dan kepuasan, Farah teruskan juga minat untuk membela kambing.

Daripada sisi lain kambing tenusu turut membekalkan susu kambing segar yang banyak manfaat untuk Farah seisi keluarga.

MERAJUK KALAU TAK DIBELAI

RUTIN Farah dikandang kambingnya bermula seawal 8 pagi dengan memberi kambingnya makan sebelum pergi bekerja.

“Kalau hujung minggu, saya uruskan kambing ini dengan menukarkan air minuman dan bersihkan kandang kambing. Tapi pada waktu lain, adik-beradik sayalah yang tolong menguruskan kambing,” katanya.

Daripada aspek pemakanan, kongsi Farah, dia akan memberi makan kambingnya dedak dan pucuk-pucuk daun yang mudah didapati di kawasan kampung.

“Saya bagi kambing makan dedak jenama Soya Hull dan soya hitam sebab ia bagus untuk baka tenusu. Pucuk-pucuk daun seperti daun akasia dan petai belalang juga antara makanan digemari kambing.

“Kambing tenusu tak seperti kambing ternakan lain yang boleh makan macam-macam. Dietnya perlu seimbang antara dedak dan pucuk daun agar kambing kekal sihat.

“Selain cerewet ia manja. Kalau tak belai, ia boleh merajuk,” kongsinya. Kambing paling manja dengan Farah ialah Tamtam, Cicie, Ixora dan Mek Siti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya