Qabil Ambak masih berbisa, kuda lama bawa tuah

Qabil Ambak masih berbisa, kuda lama bawa tuah

Mohd. Qabil Ambak Mahamad Fathil berjaya menyumbang emas kedua buat Kontinjen Malaysia di Sukan Asia selepas mendominasi acara dressage individu, semalam.-IHSAN MOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh ekuestrian negara, Mohd. Qabil Ambak Mahamad Fathil membuktikan dia masih berbisa apabila menghadiah emas kedua kontinjen negara di Sukan Asia Hangzhou menerusi acara dressage individu semalam.

Biarpun tidak diletakkan harapan tinggi, atlet berumur 43 tahun itu mempamerkan aksi terbaiknya di pentas akhir apabila meraih 75.780 mata untuk meraih emas, sekali gus menceriakan kem negara pada hari keenam temasya empat tahun sekali itu.

Lebih membanggakan, kejayaan meraih emas itu menyaksikan Qabil Ambak memperbaiki pencapaian pada edisi 2018 yang berlangsung di Jakarta/Palembang yang ketika itu dia meraih pingat perak.

“Saya datang ke Sukan Asia Hangzhou dengan sasaran untuk mendapat pingat tanpa mengira warna, ia agak mencabar kerana terpaksa menukar kuda pada saat-saat akhir dan kali ini, saya menggunakan kuda lama kerana kuda baru ada masalah.

“Ia menjejaskan sedikit tumpuan saya namun, kuda ini ada pengalaman bertanding di beberapa kejohanan termasuk di Sukan SEA Kuala Lumpur dan Sukan Asia edisi sebelum ini, jadi kuda tidak berdepan masalah untuk menyesuaikan keadaan.

“Kali ini juga, semua keluarga datang untuk memberi sokongan dan ia memberi semangat kepada saya untuk beraksi dengan baik,” katanya yang menumpaskan atlet Hong Kong, Jacqueline Wing Ying di tempat kedua dan wakil India, Agarwalla Anush untuk gangsa.

Ia adalah pingat emas pertama Malaysia bagi sukan ekuestrian dalam sejarah penganjuran Sukan Asia sejak acara itu mula diperkenalkan pada edisi 1986 di Seoul, Korea Selatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya