Pingat Sukan Asia dalam genggaman e-sukan

Pingat Sukan Asia dalam genggaman e-sukan

AKSI barisan pemain e-sukan negara ketika pusingan separuh akhir menentang Vietnam di Sukan Asia Hangzhou 2023.-IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebutir pingat Sukan Asia sudah dalam genggaman cuma warnanya emas atau perak belum diketahui selepas skuad e-sukan negara layak ke pusingan akhir bagi acara Arena of Valor,hari ini.

Kejayaan itu hadir selepas barisan pemain negara iaitu Nicholas Ng, Yong Zhang Quan, Lai Chai Chein, Ong Jun Yang, Eng Jun How dan Chong Han Hui, menewaskan Vietnam di separuh akhir menerusi kemenangan 2-0.

Sekiranya momentum ini diteruskan dalam aksi akhir yang dijadual berlangsung pukul 7 malam ini menentang China, tidak mustahil emas mampu dijelmakan mereka.

Penolong pengurus pasukan, Kelvin Pang berkata, kemenangan ke atas Vietnam itu merupakan pencapaian yang membanggakan kerana dapat menebus kekecewaan di Sukan SEA 2023, Mei lalu, di mana Malaysia hanya meraih pingat gangsa.

Tegasnya, di pentas akhir nanti, e-sukan bakal berdiri sebagai prospek pingat di luar jangkaan untuk kontinjen Malaysia, bahkan dia berharap sukan ini akan terus diberi perhatian untuk mengembangkan bakat anak tempatan.

“Kami memang dah lama bersedia mahu menentang Vietnam. Kali terakhir bertemu mereka di Sukan SEA Hanoi, di mana mereka dapat perak dan kami dapat gangsa.

“Secara keseluruhan, perancangan kami hari ini berjaya. Kami atasi Vietnam dengan markah 2-0 dalam jangka masa di bawah 10 minit dalam setiap perlawanan.

“Ini satu aksi yang baik ditonjolkan para pemain. Mereka pun ada jalani latihan bersama kem China seminggu sebelum Sukan Asia berlangsung. Sebelum itu, mereka berlatih di Melaka.

“Kemenangan ini membuktikan e-sukan mampu diklasifikasikan sebagai sukan berprestasi tinggi dan saya harap akan menjadi pemangkin kepada setiap atlet untuk cipta nama di Sukan Olimpik 2024 di Paris pula nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, China layak ke final selepas menewaskan Thailand 2-0 dalam satu lagi pusingan separuh akhir, semalam.

Ini adalah kali pertama e-sukan dipertandingkan dalam Sukan Asia, selepas temasya edisi 2018 di Jakarta/Palembang yang lalu menyaksikan sukan ini hanya tampil sebagai acara demonstrasi sahaja.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya