BAGI menampung kehidupan yang serba pantas pada zaman yang moden ini, jenama OGAWA yang terkenal dengan kualitinya yang bagus menawarkan penyelesaian yang efektif untuk memenuhi keperluan kesihatan fizikal dan mental para penggunanya. Oleh sebab itu, OGAWA sedang menawarkan jualan yang hangat dengan potongan harga sehingga 70% pada produk-produk yang tertentu bagi bulan September ini. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang tawaran ini? Mari kita teruskan.
Makin berbaloi melaburkan kesihatan anda dengan OGAWA
Terdapat pelbagai kebaikan yang dapat dinikmati sekiranya anda memiliki produk – produk OGAWA terutamanya pada era yang penuh dengan ketekanan dan kesibukan. Memiliki produk OGAWA mampu membolehkan anda menghilangkan tekanan badan yang diakibatkan oleh perkembangan gaya hidup yang semakin pantas. Masalah ini dapat diatasi melalui urutan secara berkala yang sejurus membantu memulihkan tenaga dan memberikan kedamaian mental.
Selain itu, salah satu keistimewaan memiliki kerusi urut OGAWA ialah kemudahannya yang membolehkan anda mendapatkan urutan kualiti yang terbaik di rumah sendiri. Bayangkanlah urutan yang tiada tolok banding setiap kali anda memerlukannya tanpa perlu keluar dari rumah. Lebih menarik lagi, kerusi urut dari OGAWA mempunyai kemampuan untuk menyasarkan dengan tepat kepada kawasan kesakitan pada badan, memberikan kelegaan segera kepada otot yang tegang atau lesu.
Membeli kerusi urut bukan sekadar untuk kemewahan sahaja, manakala ia merupakan suatu pelaburan yang wajib untuk dipertimbangkan bagi memastikan kesihatan fizikal dan mental kita sentiasa di tahap yang optimum.
Bagi membuktikan keberkesanaan kerusi urut, OGAWA telah bekerjasama dengan Universiti Malaya dalam menjalani kajian dan mendapati bahawa program “OGAWA M6 Deep Tissue Auto” mampu meningkatkan peredaran darah sehingga 81.32%. Seterusnya, Program “M6 Sweet Dream Auto” telah terbukti dapat meningkatkan kualiti tidur sebanyak 88.73%. Kajian ini menunjukkan bahawa produk OGAWA bukan sahaja memberikan kelegaan kepada badan, tetapi juga meningkatkan kualiti hidup penggunanya.
OGAWA MySofa Luxe: Pengalaman Urut Mewah Menanti Anda!
Dalam era kesibukan yang semakin mencabar, cara – cara untuk menjaga diri dalam mengurangkan tekanan telah menjadi suatu keperluan. Oleh sebab demikian, OGAWA telah memperkenalkan kerusi urut yang menakjubkan iaitu OGAWA MySofa Luxe, yang membolehkan pengguna untuk merasai pengalaman urutan yang luar biasa tanpa perlu meninggalkan keselesaan rumah anda. Lebih-lebih lagi, reka bentuknya yang unik membolehkan kerusi urut ini diletakkan di mana-mana sudut rumah anda dengan mudah.
Terdapat beberapa kelebihan utama yang pasti akan menarik perhatian anda:
- Urutan Betis dengan Terapi Pemanasan: Rasa kehangatan yang meresap ke kawasan betis dapat memberikan kesegaran dan merangsang peredaran darah.
- Urutan Trek S+L yang Menyelaraskan: Dengan reka bentuk yang cermat, urutan trek S+L pada MySofa Luxe mengikuti lengkung belakang badan anda, memberikan urutan yang tepat pada setiap titik.
- Rekaan Kecil Tetapi Berkuasa: Dengan rekaan minimalis yang moden, MySofa Luxe membolehkan anda menyesuaikan kerusi urut ini dalam apa jua ruang tamu.
Bukan sahaja kegemaran di kalangan pemilik rumah moden, ia juga menjadi pilihan utama untuk artis dan selebriti terkenal, termasuk Kate Ke En, Ako Mustapha, dan Elfira Loy. Dengan harga terkini yang menarik pada RM 3,699 (harga biasa: RM 8,999), MySofa Luxe menjadi pilihan yang sukar untuk ditolak.
OGAWA Smart Reluxe: Pengurutan Melalui Teknologi Pintar
Inovasi terkini juga turut dipersembahkan oleh OGAWA dengan pengenalan OGAWA Smart Reluxe. Dibangunkan dengan teknologi terkini, OGAWA Smart Reluxe menonjolkan beberapa keunikannya:
- Teknologi Analisis Pintar: Setiap individu adalah unik. Dengan menggunakan teknologi analisis pintar, Smart Reluxe mampu mengesan titik tekanan pada badan dan memberikan urutan yang terbaik mengikut keperluan individu.
- Urutan Termoterapi: Melalui teknologi termoterapi, pengalaman urutan menjadi lebih menyeluruh dengan kehangatan lembut yang dapat membantu melancarkan peredaran darah dan meredakan ketegangan.
- Penggelek Urut Pintar 3D: Alami pengalaman urutan yang mampu membawa anda ke dimensi yang lain melalui teknologi yang canggih ini.
OGAWA Smart Reluxe juga telah menjadi pilihan artis dan selebriti terkenal seperti Azrel Ismail, Danny One, dan Sean Lee. Dengan harga terkini RM 6,666 (harga biasa: RM 10,999), anda turut akan menerima hadiah percuma bernilai lebih RM 2,XXX bersama pembeliannya.