Pearly-Thinaah perlu lebih percaya diri

Pearly-Thinaah perlu lebih percaya diri

PEARLY TAN-M. THINAAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berharap duo wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah akan lebih percaya diri dan mengubah cara pemikiran (mindset) selepas mengharungi Kejohanan Dunia 2023, minggu lalu.

Gandingan itu mengakhiri perjuangan di pusingan suku akhir, selepas ditundukkan pasangan China, Zheng Yu-Zhang Shu Xian dalam perlawanan tiga set, 21-17, 17-21, 19-21.

Biarpun hanya tewas tipis, Rexy berkata penilaiannya terhadap prestasi pasangan No.11 dunia itu adalah, mereka kalah bukan kerana kesilapan teknik atau kurang mahir, tetapi sebaliknya tumpas kepada diri sendiri.

“Saya lihat secara keseluruhan, beregu wanita kita, saya punya kesimpulan,bahawa pemain kita kalah kerana saya rasa pada pemikiran diri sendiri.

“Dalam aksi itu, ‘mindset’ Pearly-Thinaah sudah mendahului dengan sangat baik tetapi kemudian mereka tiba-tiba ‘hilang’. Saya lihat mereka mampu fokus dengan lawan yang lain, tetapi dalam aksi suku akhir itu mereka goyah.

“Pada ketika Pearly-Thinaah mendahului 11-5 dan kemudian lawan mereka cuba memintas dengan 2, 3 mata, saya lihat mereka ada rasa gementar di situ. Berbeza dengan pemain lain, bila mereka mendahului, mereka terus konsisten dan yakin dengan apa yang mereka buat,” katanya.

Mengulas detik kekalahan itu, Rexy berkata kedua-dua anak buahnya itu menangis kekecewaan dan sebagai ketua jurulatih, dia telah menenangkan mereka dan melakukan perbincangan mengenai langkah seterusnya selepas kejohanan tamat.

Tegasnya, di pihak kejurulatihan, semua perkara telah dilakukan kepada Pearly-Thinaah, malah dia berharap mereka juga tidak terlalu bergantung kepada jurulatih selepas ini kerana yang mampu mengubah nasib mereka hanyalah diri sendiri.

“Sekarang kita perbaiki dan usaha untuk berlawan. Jangan bergantung kepada jurulatih kerana yang dirasakan dalam lapangan (gelanggang) itu ialah pemain, bukan kami.

“Jurulatih hanya melihat situasi, kami hanya menyampaikan dan bersorak untuk memberitahu tetapi kalau pemain sendiri tiada usaha untuk dirinya, tiada ‘mindset’ mahu berjaya, saya rasa itu sangat susah.

“Pemain harus jujur, jangan apabila kalah mereka katakan puncanya ‘kerana fikir ini…’ (benda lain). Itu hanya akan jadi alasan. Saya mahu pemain lebih jujur, misalnya kalau mereka cakap mahu menang, itu harus datang dari hati bukan dari mulut saja,” katanya.

Hari ini, gandingan itu akan membuka saingan Terbuka China dengan bertemu lawan dari Belanda, Debora Jille-Cheryl Seinen di pusingan pertama dan sekiranya menang, mereka dijangka berdepan pasangan pilihan kelima kejohanan, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota dari Jepun di pusingan kedua.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya