Misi di China tercapai, ranking FIFA buruan Harimau Malaya

Misi di China tercapai, ranking FIFA buruan Harimau Malaya

FAISAL Halim (kanan) menjarinmgkan gol kemenangan Harimau Malaya dalam aksi menentang Kyrgyzstan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Misi skuad Harimau Malaya di Chengdu, China untuk tidak pulang dengan tangan kosong berjaya direalisasikan selepas melakar keputusan positif.

Kejayaan mengikat dua pasukan di kelompok 100 dunia terbaik iaitu Syria 2-2 dan China 1-1 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1, dengan kedua-duanya menghuni tangga 94 dan 80 dunia menyaksikan penambahan mata untuk Malaysia dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Pengendali kebangsaan, Kim Pan Gon optimis dengan kemampuan ditunjukkan anak buah ketika bersaing menentang dua pasukan berkenaan meskipun Malaysia berada dikedudukan 136 dalam ranking FIFA.

Ia membuktikan Malaysia sebenarnya mampu menduduki ranking lebih baik dan beliau berharap momentum ini mampu diteruskan bagi memastikan sejarah baharu mampu dilakar negara untuk memburu ranking tertinggi FIFA.

“Menang atau kalah itu tidak penting, prestasi kami adalah yang paling penting. Sasaran kita sudah ada, kita cuba mencipta satu lagi sejarah untuk berusaha berada pada ranking lebih tinggi pada masa hadapan,” katanya pada sidang media selepas aksi dengan China di Stadium Phoenix Mountain, di Chengdu, kelmarin.

ARIF Aiman Hanapi berjaya melepasi kawalan pertahanan China pada aksi persahabatan di Chengdu, kelmarin.-FAM/NASIRUDDIN YAZID

Secara keseluruhan Pan Gon berpuas hati dan kagum dengan semangat serta kesungguhan ditunjukkan barisan pemainnya.

“Ia adalah perlawanan yang sangat bagus menentang pasukan China yang lebih kuat dan berada di peringkat tinggi, kami juga banyak belajar daripada perlawanan ini. Saya sangat berbangga dengan semua pemain.

“Apa yang mereka lakukan sungguh membanggakan rakyat Malaysia, ia harus dihormati. Sebagai jurulatih, saya tiada ada rasa tak puas hati kerana apa yang mereka lakukan adalah hebat. Bagi pasukan kami, ia adalah keputusan yang sangat baik,” katanya.

Hasil dua keputusan itu, ia menyaksikan rekod bersih skuad kendalian Pan-gon kekal tanpa kekalahan sepanjang musim ini yang sudah melalui enam aksi antarabangsa.

Mata terkini Malaysia ialah 1094.90 (136 dunia) manakala Filipina 1095.02 (135), Latvia 1096.19 (134), Kepulauan Solomon 1097.61 (133) dan Antigua & Barbuda 1107.51 (132).

Aksi seterusnya skuad Harimau Malaya adalah di Stadium Nasional Bukit Jalil iaitu mengharungi kejohanan Pestabola Merdeka pada bulan depan sebelum bersaing di Kelayakan Piala Dunia 2026 (November) dan Piala Asia di Qatar (Januari depan).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya