Malaysian Tigers tak pandang mudah Oman

Malaysian Tigers tak pandang mudah Oman

PENYERANG hoki negara Firhan Ashaari berjaya melepasi kawalan pemain Thailand pada aksi pertama Kumpulan B Sukan Asia Hangzhou di di Padang Hoki Gongshu Canal Sports Park, semalam. – IHSAN MOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas permulaan sempurna membelasah Thailand 9-0 pada aksi pembukaan Kumpulan B, Sukan Asia Hangzhou, tumpuan skuad Malaysian Tigers kini terarah kepada pertembungan menentang Oman esok.

Biarpun atas kertas kelebihan tampak memihak kepada Malaysia, pengendali negara, Arul Selvaraj tidak mahu mengambil mudah dan akan mempersiapkan pasukan sebaik mungkin untuk meneruskan impian merebut slot ke Sukan Olimpik.

Arul juga dilihat bijak untuk memastikan pemain mendapat minit permainan dalam aksi pertama menentang Thailand apabila dia membuat penggiliran dan memberikan peluang sama rata dalam kemenangan bergaya ke atas negara jiran itu.

“Saya tidak boleh minta lebih daripada pemain kerana ini perlawanan pertama. Lagipun keputusan seperti ini memang sudah dijangka. Selain daripada dua kad kuning dilayangkan kepada pemain yang saya lihat bukanlah salah pemain, selebihnya saya berpuas hati.

“Kita fokus daripada perlawanan ke perlawanan dan daripada situ, kita akan membina momentum untuk menghadapi aksi seterusnya. Ini adalah permulaan yang diinginkan, menang 9-0 dengan lima gol hasil jaringan padang dan empat gol pukulan sudut penalti.

“Bagaimanapun, ada sedikit lagi yang boleh diperbaiki. Kita mulakan perlawanan pertama dengan baik. Kita akan rehat kira-kira 50 jam sebelum bertemu Oman untuk perlawanan kedua dan meneruskan proses untuk layak ke Sukan Olimpik Paris.

“Kita akan lihat cara Oman bermain untuk dapatkan gambaran awal taktikal mereka namun, kita akan fokus kepada pasukan sendiri, tingkatkan cara kita bermain dan atasi kelemahan yang ada,” katanya

Terdahulu, sembilan gol yang dijaringkan Malaysian Tigers sudah cukup memberi gambaran terhadap penguasaan penuh ditunjukkan anak buah Arul pada aksi di Padang Hoki Gongshu Canal Sports Park itu.

Skuad kendalian Arul meledak tiga gol sehingga tamat suku kedua menerusi menerusi gol padang Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-8 sebelum Firhan Ashari menggandakan kedudukan pada minit ke-21 dan Nik Mohd Aiman Nik Rozemi meletakkan kedudukan menjadi 3-0.

Pada suku ketiga, Malaysia terus mempamerkan aksi terbaik dengan meledak empat gol masing-masing menerusi Nik Aiman, Azrai Aizad dan dua pukulan sudut penalti Muhammad Aminuddin Mohd Zain.

Dua gol terakhir Malaysian Tigers dihasilkan pada suku keempat menerusi Abdul Khaliq Hamirin dan Azmirul Azhar untuk Malaysia melengkapkan kemenangan bergaya 9-0 ke atas Thailand.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya