Liverpool mudah jinakkan Aston Villa

Liverpool mudah jinakkan Aston Villa

liverpool
Tottenham Hotspur leburkan rekod tanpa kalah Liverpool yang bermian dengan sembilan pemain dengan gol kemenangan Spors disumbangkan oleh Joel Matic. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Liverpool tidak berdepan masalah menjinakkan Aston Villa di laman sendiri dengan kemenangan 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield, sebentar tadi.

Kemenangan ini cukup bermakna apabila mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan awal, malah, keputusan ini juga memberi petanda positif apabila Liverpool menamatkan perlawanan tanpa bolos buat kali pertama.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, Reds hanya memerlukan masa tiga minit untuk merobek gawang pelawat hasil sepakan voli menarik pemain tengah Liverpool Dominik Szoboszlai dari luar kotak penalti bagi mencetak gol pertamanya bersama Liverpool.

Tuan rumah berjaya menggandakan jaringan hasil gol sendiri pemain Villa Matty Cash yang tertampan bola rembatan Darwin Nunez yang terlebih dahulu terkena tiang sebelum terkena dirinya dan menerjah jaring pada minit ke-22.

Selepas memperoleh dua gol, benteng pertahanan Liverpool masih lagi mencetus kegusaran namun bernasib baik kerana jentera serangan Aston Villa gagal menyempurnakan beberapa peluang terhidang.

Kedudukan 2-0 kekal sehingga babak pertama berakhir.

Bersambung babak kedua, Liverpool bermula garang apabila tiba giliran bintang mereka, Mohamed Salah mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-55 selepas menyudahkan bola tandukan ke belakang yang dilakukan Nunez.

Kemenangan itu membolehkan Liverpool berada di tangga ketiga EPL dengan mengutip 10 mata hasil tiga menang dan satu seri.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya