Harimau Malaya lonjak di ranking ke-134 dunia

Harimau Malaya lonjak di ranking ke-134 dunia

Harimau Malaya -IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Harimau Malaya mendaki dua anak tangga dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), di mana skuad kebangsaan kini menghuni tangga ke-134 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu badan induk bola sepak dunia itu, hari ini.

Terdahulu, skuad kebangsaan berada di ranking ke-136 pada 20 Julai lalu namun dua keputusan positif pada aksi persahabatan antarabangsa baru-baru ini membantu menambah mata kepada pasukan kendalian Kim Pan Gon.

Kenaikan ranking berkenaan ekoran kejayaan Harimau Malaya mengikat dua pasukan kelompok 100 dunia, Syria (2-2) dan China (1-1) dalam aksi persahabatan antarabangsa di Chengdu, China pada 6 dan 9 September lalu.

Harimau Malaya berjaya mengumpul 1094.9 mata keseluruhan, naik 3.33 mata berbanding 1091.57 dalam kemas kini sebelum ini.

Lonjakkan itu juga, menyaksikan Malaysia berada di kedudukan ke-24 dalam ranking negara Asia dan keempat bagi rantau Asia Tenggara di belakang Vietnam (93), Thailand (112) dan Filipina (132).

Dalam pada itu, juara Piala Dunia musim lalu, Argentina kekal pasukan No.1 dunia dengan mengumpul 1851.41 mata keseluruhan diikuti Perancis di tangga kedua dan Brazil menghuni kedudukan ketiga.

Jepun yang menghuni tangga ke-19 dunia, muncul pasukan teratas Asia dengan mengumpul 1605.2 mata manakala Iran (21) dan Korea Selatan (26) berada di tangga kedua dan ketiga benua itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya