Giant Cycling tetap berlumba di LTdL 2023

Giant Cycling tetap berlumba di LTdL 2023

AKSI pelumba-pelumba alam kelompok peloton semasa perlumbaan Peringkat 3 dari Jeli, Kelantan menuju ke Baling, Kedah sejauh 183.1 km pada siri jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 di sini hari ini.- UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Pasukan Giant Cycling Team tidak akan menarik diri daripada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 biarpun tiga pelumbanya terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika peringkat ketiga saingan dari Jeli ke Baling semalam.

Pengurus pasukan Giant Cycling Team, Song Guo Qiang yang ditemui Utusan Malaysia mengakui kesal dengan insiden tersebut memandangkan mereka hadir menyertai ke perlumbaan ini berbekalkan empat orang pelumba sahaja.

Tiga pelumbanya terdiri Lin Chuanyang, Wang Zichen dan Huang Junlei serta seorang staf pasukan Giant Cycling Team bersama pemandu van, Mohd Mazwan Mansor terlibat dengan kemalangan jalan raya pada awal pagi semalam setelah kenderaan mereka terbabas ketika dalam perjalanan menuju ke venue permulaan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli.

Disebabkan insiden berkenaan, hanya seorang sahaja pelumbanya, Deng Peng Hai meneruskan kayuhan ke Baling.

“Kejadian seperti ini adalah amat jarang berlaku, di pihak kami, kami juga tidak ingin perkara sebegini berlaku, tetapi saya percaya pihak penganjur akan memberikan penjelasan sewajarnya kepada saya.

“Ketika kejadian, tiga orang pelumba saya berada di dalam van itu. Mereka telah pun dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan selepas imbasan dilakukan, mujur tiada kecederaan serius.

“Untuk perlumbaan esok, saya sedang menanti laporan perubatan penuh dan melihat keadaan pelumba saya sendiri, tetapi apa pun kami masih akan tetap meneruskan perlumbaan. Jika boleh, saya mahu sekurang-kurangnya ada dua pelumba yang boleh mengikuti perlumbaan.

“Saya bukan sahaja risaukan nyawa tiga pelumba saya, tetapi pemandu kami. Bila dimaklumkan tiada kemalangan jiwa dan tiada kecederaan serius, saya lega kerana nyawa adalah lebih penting. Memang saya berasa kesal kerana keadaan seperti ini amat jarang berlaku,” jelas Guo Qiang yang telah membawa pasukannya beraksi di LTdL sejak 2017.

Di pihak penganjur, Pengerusi Jawatankuasa Petronas LTdL 2023, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, menjelaskan pemandu van tersebut telah terlajak ke destinasi lain untuk membawa barisan pelumba itu ke tempat permulaan dan insiden itu berlaku di sebelum waktu perlumbaan.

Pihaknya memandang serius insiden ini dan telah pun mengarahkan pemandu baru untuk menggantikan tempat pemandu tersebut untuk baki saingan perlumbaan.
“Laporan polis telah buat di IPD Jeli dan kejadian terjadi akibat daripada pemandu telah terlajak daripada tempat permulaan bagi peringkat 3 dan telah terbabas di tebing jalan dan telah terbalik.

“Jawatankuasa akan teruskan siasatan dan mencari punca. Pihak polis turut akan melakukan siasatan dan kita akan perbaiki kelemahan tersebut,” kata Shapawi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya